Xiaomi Mi Note 10 tersebut telah dilancarkan di Sepanyol terlebih dahulu sebelum tiba di negara-negara lain. Seperti Mi CC9 Pro, Mi Note 10 turut menjalankan MIUI berasaskan Android Pie tetapi dengan sokongan servis dan aplikasi Google. Dari segi perkakasan, spesifikasi masih lagi sama dengan Snapdragon 730G, RAM 6GB dengan padanan 128GB storan dalaman.
Peranti mempunyai skrin AMOLED bersaiz 6.47 disertakan dengan pengimbas cap jari dalam skrin. Tarikan utama peranti ini adalah sistem 5 kamera belakang dengan 108MP utama, 12MP 2x telefoto, 5MP 5x telefoto, 20MP ultralebar dan lensa khas makro 2MP.
Untuk swafoto pula, kamera 32MP dimuatkan pada takuk kecil atas skrin. Terdapat bateri besar yang bersaiz 5,260mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. Terdapat 3 pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, and Midnight Black yang dijual.
Seperti mana Xiaomi Mi CC9 Pro mendapat versi lebih berkuasa dengan Mi CC9 Pro Premium Edition, Mi Note 10 juga mendapat layanan sama dengan pengenalan versi Mi Note 10 Pro. Peranti ini mempunyai 8P lens untuk sensor 108MPnya, berserta penambahan RAM dan juga storan dalaman. Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan Mi Note 10.
Xiaomi Mi Note 10 dijual di Sepanyol pada harga 549 euros (~RM2,518) manakala 649 euros (~RM2,976). Perlu diingatkan harga tersebut adalah harga tukaran mata wang asing, bukannya harga yang dijual di Malaysia kelak (jika masuk ke pasaran tempatan). Setakat ini peranti-peranti tersebut hanya dijual di Sepanyol dan masih tiada maklumat berkenaan penjualannya di negara termasuklah Malaysia.
Berkaitan
- MediaTek Memperkenalkan Dimensity 1200 Dan 1100 - Cip 6nm, Sokongan Paparan 168Hz, Dan Ray Tracing
- Mod Astrofotografi Hadir Secara Rasmi Untuk Google Pixel Generasi Lama
- Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Peroleh Skor Kamera Tertinggi Dalam DxOMark
- Ini Merupakan Saiz MB Setiap Minit Rakaman Video 8K Samsung Galaxy S20
- Xiaomi Umum MIUI 12.5 - Ini Senarai Fungsi Dan Ciri Terbaharu
- Spesifikasi Penuh OnePlus 8 Dan 8 Pro - 120Hz, Kuad Kamera, 4510mAh, IP68, Dan Pengecasan Tanpa Wayar
- 5 Percubaan Telefon Gaming Sebelum Era Telefon Pintar Sekarang
- Xiaomi Mi 10 Ultra Diperkenalkan - Snapdragon 865, Paparan 120Hz, Pengecasan 120W, Dan Zum 120X
- Bagaimana Rasanya Menggunakan Rangkaian 5G Pada Huawei Mate 30 Pro 5G?
- PUBG Mobile Bakal Sokong 90fps Dan HDR 10-bit