Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Note 10 Yang Merupakan Xiaomi Mi CC9 Pro Versi Global Turut Dilancarkan

Xiaomi Mi Note 10 Yang Merupakan Xiaomi Mi CC9 Pro Versi Global Turut Dilancarkan

Diterbitkan November 7, 2019 ยท Dikemas kini November 7, 2019 oleh Meor Hasyim

Semalam peranti Xiaomi Mi CC9 Pro telah dilancarkan sebagai versi untuk negara China. Untuk pasaran global, Xiaomi menawarkan peranti yang sama dengan penamaan berlainan iaitu Xiaomi Mi Note 10. Xiaomi sememangnya diketahui dengan penamaan yang berbeza antara versi China dengan pasaran global seperti Redmi K20 Pro (China) dan Mi 9T Pro (Global).

Xiaomi Mi Note 10 tersebut telah dilancarkan di Sepanyol terlebih dahulu sebelum tiba di negara-negara lain. Seperti Mi CC9 Pro, Mi Note 10 turut menjalankan MIUI berasaskan Android Pie tetapi dengan sokongan servis dan aplikasi Google. Dari segi perkakasan, spesifikasi masih lagi sama dengan Snapdragon 730G, RAM 6GB dengan padanan 128GB storan dalaman.

Image

Peranti mempunyai skrin AMOLED bersaiz 6.47 disertakan dengan pengimbas cap jari dalam skrin. Tarikan utama peranti ini adalah sistem 5 kamera belakang dengan 108MP utama, 12MP 2x telefoto, 5MP 5x telefoto, 20MP ultralebar dan lensa khas makro 2MP.

Untuk swafoto pula, kamera 32MP dimuatkan pada takuk kecil atas skrin. Terdapat bateri besar yang bersaiz 5,260mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. Terdapat 3 pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, and Midnight Black yang dijual.

Image

Seperti mana Xiaomi Mi CC9 Pro mendapat versi lebih berkuasa dengan Mi CC9 Pro Premium Edition, Mi Note 10 juga mendapat layanan sama dengan pengenalan versi Mi Note 10 Pro. Peranti ini mempunyai 8P lens untuk sensor 108MPnya, berserta penambahan RAM dan juga storan dalaman. Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan Mi Note 10.

Image

Xiaomi Mi Note 10 dijual di Sepanyol pada harga 549 euros (~RM2,518) manakala 649 euros (~RM2,976). Perlu diingatkan harga tersebut adalah harga tukaran mata wang asing, bukannya harga yang dijual di Malaysia kelak (jika masuk ke pasaran tempatan). Setakat ini peranti-peranti tersebut hanya dijual di Sepanyol dan masih tiada maklumat berkenaan penjualannya di negara termasuklah Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY