Xiaomi Mi Mix 3 Disertakan Dengan Dok Pengecasan Tanpa Wayar Dalam Setiap Kotak Belian

Mi Mix 3, sebuah lagi peranti premium keluaran Xiaomi baru sahaja diperkenalkan secara rasmi di Beijing semalam. Umum mengetahui, Xiaomi sentiasa mengekalkan tawaran harga mampu milik pada setiap keluarannya termasuk bagi peranti kelas atasannya. Mi Mix 3 juga tidak terkecuali.

Malah, pada kali ini bukan sahaja spesifikasi dalaman yang baik ditawarkan, tetapi Xiaomi juga membekalkan dok pengecasan tanpa wayar dalam setiap kotak belian peranti ini. Ia sekaligus menjimatkan lagi wang perbelanjaan pembeli.

Kapsyen: Kredit: Everything In One


Pengecasan tanpa wayar yang dibekalkan adalah berkuasa 10W manakala pengecasan pantasnya pula ialah QuickCharge 3.0 18W. Perkara ini memberi tamparan kepada pembekal lain di mana mereka sering membangunkan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar, namun tidak membekalkan dok pengecasan bersama kotak belian.

 

Sumber: Everything In One