Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mm3 (1)

Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Tiba Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Oktober 30, 2018 · Dikemas kini Oktober 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi Mi Mix 3 baru sahaja menghampiri usia seminggu selepas dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober yang lalu.

Model ini menarik perhatian ramai kerana menggunakan mekanisma “Gelongsor Kamera Magnetik” pada skrin paparan untuk menyembunyikan lensa kamera selfie.

Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Tiba Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

 

Hari ini, pihak Mi Malaysia telah berkongsikan ciri-ciri menarik pada model terbaru bagi siri Mi Mix ini dan mengesahkan ia akan hadir ke pasaran dalam negara tidak lama lagi.

Namun begitu, tarikh sebenar dan harga yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan lagi.

Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Tiba Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Mi Mix 3 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.4 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4%. Dilengkapi dengan dwi kamera 12MP (sudut lebar) + 12MP (telefoto) untuk bahagian belakang dan bahagian hadapan menggunapakai lensa 24MP+2MP.

Sewaktu acara pengenalan, ia mempunyai  4 versi; 6GB/128GB,8GB/128GB,8GB/256GB dan dan salah satunya adalah edisi khas Forbidden City dengan RAM 10GB.

Mari sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai perasmian Mi Mix 3 bagi pasaran tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY