Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 10

Xiaomi Mi 10 Extreme Commemorative Edition Akan Diperkenal Pada 11 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 5, 2020 · Dikemas kini Ogos 5, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini mengesahkan telefon pintar flagship baharu yang dikenali sebagai Mi 10 “Extreme Commemorative Edition” akan diperkenal pada 11 Ogos ini. Acara pelancaran juga diadakan bersempena ulangtahun ke-10 Xiaomi.

mi 10

Menerusi poster yang disertakan, acara ini dijadual akan berlangsung pada 7.30 petang, 11 Ogos 2020. Bagaimanapun, tiada maklumat spesifik mengenai peranti ini yang didedahkan.

Xiaomi Mi 10 Extreme Edition

Terdahulu, peranti ini telah digelar dengan pelbagai nama seperti Xiaomi Mi 10s dan Mi 10 Pro Plus. Ura-ura menyatakan Mi 10 Extreme Commemorative Edition akan dimuatkan dengan skrin paparan AMOLED 6.67 inci, paparan berlubang yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan 4500mAh bateri.

Selain menyokong pengecasan pantas 120W, terdapat spekulasi yang menyatakan ia akan hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 55W.

Untuk maklumat rasmi mengenai Xiaomi Mi 10 “Extreme Commemorative Edition”, nantikan pelancaran pada 11 Ogos ini.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY