Xiaomi Meterai Kerjasama Bersama IKEA, Mahu Perluaskan Penggunaan Peralatan Rumah Pintar

Syarikat teknologi terkemuka dari China, Xiaomi baru-baru ini telah mengumumkan satu perjanjian strategik telah berjaya dimeterai bersama pembekal peralatan rumah gergasi dunia, IKEA.

Perjanjian tersebut dikatakan bertujuan untuk membolehkan penggunaan peralatan rumah pintar digunakan secara lebih meluas di masa akan datang.

Kapsyen: Kredit: Xiaomi


Sebagai permulaan, semua lampu pintar yang ditawarkan IKEA akan dapat dihubungkan bersama platform IoT milik Xiaomi bermula bulan Disember ini.

Sambil itu, Xiaomi turut mengumumkan kerjasama bersama Ji Hotel, CHJ Automotive dan Ikongjian bagi membolehkan penggunaan peranti pintar IoT Xiaomi digunakan dalam pelbagai senario berbeza.

Ketika ini, perjanjian berkenaan hanya melibatkan pasaran China sahaja. Namun, ia berkemungkinan akan turut diperluaskan di negara-negara lain termasuk Malaysia dalam masa terdekat.

 

Sumber: Xiaomi