Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi HyperOS Perkenal Ciri Baharu Untuk Uruskan Kelajuan Pengecasan Dan Kesihatan Bateri

Xiaomi HyperOS Perkenal Ciri Baharu Untuk Uruskan Kelajuan Pengecasan Dan Kesihatan Bateri

Diterbitkan Jun 6, 2024 · Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh ariff bukhari

Menghabiskan bateri sepenuhnya sebelum mengecas semula tidak lagi disyorkan untuk bateri litium-ion moden.

Pengecasan ultra pantas selalunya menggunakan pengecas berkuasa 120W yang boleh menyebabkan suhu lebih tinggi yang berpotensi membawa kepada kemerosotan kesihatan bateri lebih pantas.

Jadi, bagi memberikan lebih pilihan kepada penggunanya dalam menguruskan kelajuan bateri sekali gus melindungi kesihatan bateri peranti, Xiaomi memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai Wired Charging Mode.

Wired Charging Mode

Inovasi ini memberikan pengguna kawalan yang lebih ke atas proses pengecasan telefon mereka.

Wired Charging Mode menawarkan dua pilihan, pengecasan mod standard yang menawarkan had kelajuan pengecasan tanpa memerlukan pengecas yang berbeza dan pengecasan pantas yang memanfaatkan potensi penuh telefon anda dan keupayaan pengecasan pantas.

Xiaomi HyperOS Perkenal Ciri Baharu Untuk Uruskan Kelajuan Pengecasan Dan Kesihatan Bateri
Ciri seperti Wired Charging Mode ini ada ditawarkan Infinix pada peranti mereka seperti model Infinix GT 20 Pro menerusi sistem operasi XOS for GT.
Xiaomi HyperOS Perkenal Ciri Baharu Untuk Uruskan Kelajuan Pengecasan Dan Kesihatan Bateri

Ciri Wired Charging Mode ini dalam fasa pelancarannya yang akan boleh diakses selepas aplikasi Security dikemas kini kepada versi V9.1.4-240511.1.1.

Walaupun belum tersedia secara umum, ia sudah mula diterima pengguna telefon pintar Xiaomi, POCO, dan Redmi yang dilengkapi dengan sistem operasi HyperOS secara berperingkat.

Dengan ini, anda sebagai pengguna mempunyai pilihan untuk memaksimumkan hayat bateri peranti anda.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: xatakandroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY