Xiaomi Dilihat Mula Mengehadkan Penggunaan Pelancar Pihak Ketiga Yang Tidak Diiktiraf

Lebih kebebasan dalam mengubahsuai pelancar peranti menjadi salah satu sebab mengapa sebahagian daripada kita lebih memilih untuk menggunakan peranti Android.

Namun, adakalanya penggunaan pelancar pihak ketiga ini juga mengakibatkan "pertahanan" peranti mengalami kebocoran, menggunakan tenaga bateri yang banyak serta banyak lagi.

Kapsyen: XDA


Maka atas alasan itulah Xiaomi dilaporkan telah menghalang penggunaan pelancar kelas ketiga yang tidak diiktiraf secara default pada peranti mereka.

Seperti juga Huawei, Xiaomi mengumumkan langkah itu hanya dikenakan pada peranti yang menggunakan China ROM sahaja. Mereka juga mengesahkan tiada perancangan untuk melaksanakannya pada peranti Global ROM mereka setakat ini.

Akan tetapi, pengguna masih boleh menggunakan pelancar pihak ketiga yang diiktiraf dan tersenarai dalam Mi App Store China secara default.

 

Sumber: Xda-Developers