Xiaomi Cipta Rekaan Paten Peranti Pelik Dengan Takuk Terbalik

Rekaan takuk hanya popular buat beberapa ketika sebelum para pengeluar mula mencari jalan untuk meminimakan saiz atau membawanya keluar dari peranti mereka.

Sebut sahaja, kamera jenis pop-up, skrin tebuk, mahupun kamera berpusing, pelbagai gaya rekaan telah digunakan oleh pengeluar. Bagaimana pula rekaan takuk terbalik?

Kapsyen: LetsGoDigital


Ya, ia adalah salah satu gaya terbaru dihasilkan oleh Xiaomi untuk menghalang penggunaan takuk yang mengurangkan paparan skrin.

Rekaan itu telah pun dipatenkan oleh Xiaomi, di mana tengah sebelah atas peranti akan timbul sedikit bagi menempatkan lensa kamera hadapan.

Namun, sekali lagi kami tegaskan, ia hanyalah sekadar rekaan paten sahaja dan tidak semestinya akan dilancarkan sebagai produk akhir nanti.

 

Sumber: LetsGoDigital