Xiaomi Redmi Note 4 Dengan Helio X20 SoC Di Lancarkan Secara Rasminya.

Seperti yang dibincangkan melalui artikel berkenaan khabar angin sebelum ini, Xiaomi Redmi Note 4 dilancarkan secara rasmi hari ini. Nampaknya kita terpaksa menunggu untuk kemunculan Xiomi Redmi 4 pada masa akan datang atau mungkin Xiaomi Redmi 4 tidak akan dikeluarkan.



Redmi Note 4 ini dilengkapi paparan LCD HD IPS skrin berukuran 5.5 inci, dikuasai oleh prosessor deca-core MediaTek Helio X20, RAM sebesar 2GB atau 3GB dan memori dalaman sebanyak 16GB atau 64GB. Kemampuan optiknya pula ialah kamera belakang
13-Megapixel f/2.0 dengan sistem fokus PDAF sementara kamera
hadapan pula ialah 5 Megapixel f/2.0.



Kamera utama di bahagian belakang pula mampu merakam video
pada resolusi 1080P 30 FPS. Bateri berkapasiti 4100 mAh digunakan dengan
sokongan pengecasan pantas (5V/2A) melalui port MikroUSB.











Keseluruhan peranti kini diperbuat daripada sekeping logam. Ini
berbeza dengan Redmi Note 3 yang diperbuat daripada tiga panel logam
berasingan. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada
panel belakang. Seperti Redmi Note 3, Redmi Note 4 menyertakan sokongan infra merah. Namun sokongan NFC masih tidak disertakan. Dari segi sistem
operasi pula Android Marshmallow digunakan dengan pelancar MIUI 8.



Peranti ini menyokong dua SIM bersaiz nano dan mikro yang boleh diletakkan
di dalam port kad sim hibrid. Sokongan kad MikroSD pula ialah sehingga 128GB. Apabila kad MikroSD digunakan, hanya kad sim bersaiz mikro boleh
digunakan. Tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu. Harga untuk model 16GB ialah RM540 manakala versi 64GB pula ialah RM72.