Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
online shopping

Mula April, Beli Barang Dalam Talian ‘Import’ Bawah RM500 Kena Cukai

Diterbitkan Januari 9, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Firdaus

Bermula April ini, kerajaan Malaysia akan mengenakan 10% cukai jualan terhadap barang-barang bernilai rendah (LVG) yang berharga bawah RM500, dijual secara dalam talian dari luar negara kepada pelanggan dalam Malaysia.

Ini Contoh Untuk Anda

Pertama, anda membeli barang dari luar negara sebelum bulan April dengan harga RM450 dan cas penghantaran RM10. Oleh itu, jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah RM460 sahaja.

Kedua, anda membeli semula barang dari luar negara yang sama pada atau selepas bulan April dengan kos RM450, campur RM45 (10% cukai jualan ke atas barang tersebut) dan cas penghantaran RM10.

Oleh itu, jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah RM505.

Walau bagaimanapun, pembaca jangan risau kerana tiada sebarang cukai jualan 10% akan dikenakan sekiranya anda menerima barang tersebut pada 1 April dan ke atas.

Apa yang paling penting adalah resit yang diisukan penjual atau waktu pembelian anda adalah sebelum 1 April (paling lewat 31 Mac).

Berkaitan

  • Data 262,000 Pengguna Maxis Didakwa Telah Tertiris
  • Siri Samsung Galaxy S23 Dijangka Hadir Seawal Februari Ini
  • Saman Dikeluarkan JPJ Dan Polis Akan Digabung Dalam Satu Pengkalan
  • Perbankan Dalam Talian RHB Now Bakal Ditamatkan Pada 31 Mac
  • PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Selama 3 Hari Bermula Esok

Barang-Barang Yang Tidak Dikenakan Cukai Jualan Baharu Ini

Untuk makluman pembaca, barang-barang di bawah tidak dikenakan cukai jualan baharu 10% ini walaupun dibeli selepas April 2023 nanti:

  • Rokok
  • Produk tembakau
  • Rokok paip
  • Rokok elektronik dan peranti elektronik yang seangkatan dengannya
  • Cecair atau gel bukan nikotin yang digunakan untuk merokok melalui e-rokok atau peranti vaping
  • Minuman alkohol

Secara ringkas, minuman alkohol, produk tembakau dan rokok elektronik tidak akan dikenakan cukai ini.

Sumber: Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY