Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox

Xbox Dah Ada Sistem Baharu Untuk Hukum Pemain “Toxic”

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh Firdaus

Xbox memperkenalkan dan mengumumkan satu sistem penguatkuasaan yang baharu kepada komuniti konsol tersebut. Sistem ini bertujuan bagi membendung sebarang aktiviti yang tidak sihat atau mudah kata ‘toxic’.

Microsoft Sahkan Game Pass ‘Rosakkan’ Pasaran Industri ‘Gaming’

Bagaimana Sistem Ini Berfungsi?

Pertama, apabila pemain menyaksikan satu kesalahan atau pelanggaran standard komuniti Xbox, mereka amat digalakkan untuk melaporkan perkara tersebut.

Semua laporan akan dinilai tetapi tiada sebarang tindakan disiplin secara terus atau automatik akan diambil hanya kerana sesebuah laporan itu telah dibuat.

Hanya selepas laporan tersebut disemak oleh Xbox Safety Team dan ditetapkan bahawa ia sahih, barulah tindakan dikenakan.

Xbox Dah Ada Sistem Baharu Untuk Hukum Pemain “Toxic”

Setiap kesalahan yang diterima oleh seseorang pemain bersamaan dengan satu strike. 2 kali strike, pemain akan digantung selama sehari dan seminggu sekiranya menerima 4 kali strike.

Dan sekiranya pemain mempunyai jumlah keseluruhan 8 strike, mereka akan digantung selama satu tahun. Oleh itu, tiada sebarang ciri seperti mesej, perbualan parti, dan multiplayer dapat diakses oleh pemain tersebut.

Xbox Dah Ada Sistem Baharu Untuk Hukum Pemain “Toxic”

Untuk pengetahuan anda, setiap strike akan kekal selama 6 bulan dan ketika pengumuman ini dibuat oleh Xbox (15 Ogos), semua pemain diiktiraf sebagai sifar strike.

Walau bagaimanapun, pemain boleh membuat rayuan akan sebarang strike yang diterima mereka. Dan sekiranya rayuan itu diterima, strike tersebut akan ditarik balik.

Sebarang maklumat lanjut boleh dibaca melalui pautan ini.

Beli Konsol Xbox di Shopee: https://invl.io/cljkoxh

Beli Konsol Xbox di Shopee: https://invol.co/cljkoxo

Berkaitan

  • Google Pixel 8 Pro Mungkin Peranti Pertama Dengan Ciri Audio Magic Eraser
  • RUU Keselamatan Siber Dijangka Akan Dibentang Akhir Tahun Ini
  • Lahir Dalam Bulan Ogos? Anda Boleh Lawati Menara Berkembar Petronas Percuma
  • Apple Sekali Lagi Alihkan Butang 'End Call' Dalam iOS 17 Beta 6

Sumber: Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY