Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
end call ios 17 beta6_3

Apple Sekali Lagi Alihkan Butang ‘End Call’ Dalam iOS 17 Beta 6

Diterbitkan Ogos 16, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam iOS 17 versi beta sebelum ini, Apple telah mengalihkan butang ‘end call’ dari diletakkan di tengah pada bahagian bawah secara berasingan ke posisi paling kanan bersama butang kawalan yang lain.

Bagi pengguna yang sudah terbiasa menekan butang di bahagian tengah untuk menamatkan panggilan, ia bukanlah perubahan yang ‘popular’ atau digemari. Mungkin menyedari perkara itu, Apple nampaknya sekali lagi telah mengubah posisi butang tersebut dalam iOS 17 beta 6.

Berkaitan

  • Apple Alih Butang 'End Call' Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru

Dalam versi beta 6, Apple telah menyusun semula butang ‘end call’. Ia telah dialihkan dari bahagian bawah kanan ke bahagian tengah bawah.

end call ios 17 beta 5
iOS 17 beta 5
end call ios 17 beta 6
iOS 17 beta 6

Dengan mengubah semula butang tersebut, ia memperlihat Apple cuba meminimumkan perubahan antara muka agar tidak terlalu menjejaskan pengalaman pengguna.

Sementara itu, jika keypad dipaparkan, Apple masih mengekalkan butang tersebut di bahagian kanan bawah, iaitu sama seperti versi beta sebelumnya.

end call ios 17 beta 6_keypad
iOS 17 beta 6
end call ios 16_keypad
iOS 16

Untuk versi stabil kelak, tidak diketahui sama ada posisi butang ‘end call’ ini dikekalkan, sekali lagi dialihkan atau sebaliknya dikembalikan ke versi asal.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljknyj
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljknyr

Sumber: M1Astra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY