Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Windows Dilapor Kehilangan 400 Ribu Pengguna Dalam Tempoh 3 Tahun

Diterbitkan Julai 1, 2025 · Dikemas kini Julai 1, 2025 oleh ariff bukhari

Status Windows sebagai sistem operasi komputer paling popular di dunia mungkin tidak akan kekal lama selepas menerusi blog rasmi Microsoft, Yusuf Mehdi menyebut bahawa Windows kini digunakan oleh “lebih satu bilion pengguna”.

Ini sekali gus berbeza daripada kenyataan Windows pada tahun 2022, iaitu mencecah 1.4 bilion. Ini telah menimbulkan persoalan sama ada Windows telah kehilangan kira-kira 400,000 pengguna hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Keadaan ini mungkin berlaku atas beberapa faktor utama di mana pengguna beralih kepada sistem operasi alternatif seperti Linux, dan Macintosh oleh Apple.

Menambahkan lagi persaingan sedia ada, Huawei telah pun melancarkan versi HarmonyOS untuk PC.

Selain itu, peningkatan penggunaan telefon pintar dan tablet yang menggantikan komputer tradisional mungkin turut memberi kesan kepada penurunan ini.

Semakan terkini di laman statcounter setakat Jun 2025 menunjukkan, Windows masih mendominasi pasaran dengan penguasaan sebanyak 70.07% dan diikuti oleh Macintosh (OS X 9.91%+ macOS 5.48% = 15.39%).

Windows Dilapor Kehilangan 400 Ribu Pengguna Dalam Tempoh 3 Tahun
Daripada graf di atas jelas menunjukkan Windows memperlihatkan penurunan pengguna.

Berkaitan

  • Huawei HarmonyOS PC Rasmi – 5 Tahun Pembangunan, Sedia Gugat Dominasi Barat
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto

Sumber: XDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY