Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 12

Windows 12 Didakwa Akan Tiba Tahun Depan

Diterbitkan Oktober 9, 2023 · Dikemas kini Oktober 9, 2023 oleh ariff bukhari

Walaupun Microsoft kini sedia untuk menawarkan kemas kini Windows 11 23H2 kepada semua penggunanya yang akan dimuatkan dengan ciri terbaru untuk Windows 11, tetapi kini pada masa yang sama timbul ura-ura tentang syarikat itu akan melepaskan naik taraf kepada Windows 12 tidak lama lagi.

Ura-ura terkini itu muncul daripada sumber yang tidak dinamakan di dalam Microsoft tetapi daripada petikan awam daripada eksekutif Intel ketika temu bual dengan Intel CFO David Zinsner, di Persidangan Teknologi Global Citi 2023.

“Kami sebenarnya berpendapat 2024 akan menjadi tahun yang cukup baik untuk pelanggan, khususnya, kerana penyegaran Windows (refresh). Dan kami masih berpendapat bahawa pangkalan yang dipasang sudah agak lama dan memerlukan penyegaran semula dan kami fikir tahun depan mungkin permulaannya, memandangkan pemangkin Windows. Jadi kami optimis tentang bagaimana keadaan akan berlaku bermula pada 2024.

Frasa “Windows refresh” itu hampir pasti merujuk kepada edisi utama OS Microsoft yang seterusnya, bukannya hanya kemas kini ciri untuk Windows 11.

Sehingga kini, Microsoft tidak bercakap secara terbuka tentang rancangan masa depannya untuk kemas kini Windows. Walau bagaimanapun, Windows Central melaporkan pembangunan Windows seterusnya telah meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Microsoft baru sahaja melepaskan kemas kini terbaru untuk semua pengguna Windows 11 dengan menawarkan ciri terbaru dengan teknologi AI iaitu Copilot selepas 6 bulan ia diperkenalkan.

Microsoft Copilot secara unik akan menggabungkan konteks dan kecerdasan web, data kerja dan perkara yang anda lakukan pada masa ini pada PC anda untuk memberikan bantuan yang lebih baik. Ia tersedia dalam Windows 11, Microsoft 365, dan dalam pelayar Edge dan Bing.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot
  • Bank Kuasa Pertama Di Dunia Dengan Ciri Ramalan Masa Pengecasan Kini Di Malaysia

Sumber: Neowin, Microsoft

(Beli pelbagai produk Microsoft yang asli di stor rasmi Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY