Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11 search highlights

Microsoft Beri Amaran, Pepijat Pada Ciri Penyulitan Data Windows 11 Boleh Merosakkan Data

Diterbitkan Ogos 16, 2022 · Dikemas kini Ogos 16, 2022 oleh ariff bukhari

Microsoft telah mengeluarkan amaran tentang pepijat yang ada pada Windows 11 di mana pepijat itu berpotensi menyebabkan berlakunya insiden kerosakan data terhadap komputer-komputer yang dilengkapi dengan cip pemprosesan (CPU) yang menyokong protokol penginkripan terkini.

Microsoft tindak menyenaraikan secara jelas cip-cip pemprosesan yang terkesan dengan pepijat ini.

Tetapi hanya menyatakan versi Windows 11 dan Windows Server 2022 sahaja yang terjejas dengan pepijat ini.

Bagi menangani isu ini, Microsoft telah melepaskan sebanyak 2 kemas kini iaitu dalam bulan Mei dan Jun lalu.

Berkaitan

  • Anda Patut Buang WhatsApp Dari Telefon - Pengasas Telegram
  • Hewlett Packard Enterprise Berkata Sebahagian Pemacu Storan SSD Akan Gagal Berfungsi Apabila Sudah Diguna Lebih Daripada 32 Ribu Jam
  • "Zaman Bila Pakai Chrome" - Microsoft Edge

Walau bagaimanapun, kemas kini itu menimbulkan isu baru pula di mana ia didapati telah menyebabkan penurunan prestasi pada komputer yang menjalankan Windows 11.

Ekoran itu, Microsoft meminta pengguna Windows 11 segera mengemas kini komputer mereka dengan memasang kemas kini May 24, 2022 preview release atau  June 14, 2022 security release.

Sementara isu prestasi pula diperbetulkan menerusi kemas kini June 23, 2022 preview release atau July 12, 2022 security release.

Anda boleh mengemas kini Windows 11 terus dari komputer anda melalui   Start > Settings > Windows Update.

Sumber: microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
  • Siapakah Alice Huang, Skandal Yang Dituduh Mengintip CEO Nvidia?
  • Google Perkenal TPU 8tx, 8i Max - Fokus Keselamatan Data, Pemprosesan AI Berskala Besar
  • Google Vids Kini Benarkan Pengguna Jana Video AI Sehingga 3 Video Berdurasi 15 Saat Setiap Bulan Percuma
©2026 WISER.MY