Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Uji Ciri Tukar Tetapan Bahasa, Tapi Untuk Android Dulu

WhatsApp Uji Ciri Tukar Tetapan Bahasa, Tapi Untuk Android Dulu

Diterbitkan Mac 22, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 22 Mac 2022, WABetainfo mengumumkan bahawa WhatsApp sedang menguji ciri baharu untuk aplikasinya supaya pengguna dapat memilih bahasa melalui aplikasi tersebut. Ciri baharu yang dinamakan ‘App Language’ ini boleh digunakan oleh pengguna Android versi 2.22.8.3 selepas ciri ini dilancarkan.

Sebelum ini, bahasa di WhatsApp ditentukan oleh bahasa dalam telefon anda, tetapi kini anda boleh tentukan terus bahasa di aplikasi WhatsApp tanpa mengubah bahasa yang digunakan dalam telefon anda. Google juga sedang menguji ciri yang sama seperti WhatsApp untuk Android 13.

WhatsApp Uji Ciri Tukar Tetapan Bahasa, Tapi Untuk Android Dulu

‘App Language’ ini boleh digunakan oleh pengguna WhatsApp seluruh dunia walaupun sebenarnya ia sudah pernah dilancarkan kepada beberapa buah negara seperti India. Bagaimanapun, ia masih dalam proses pengujian, jadi anda perlu bersabar untuk menikmati ciri baharu ini.

Selain ciri ‘App Language’, WhatsApp juga sedang menguji beberapa lagi ciri baharu untuk aplikasi tersebut seperti message reaction, multi-device support, dan global voice note player.

Sumber : Android Police

Baca juga :

  • YouTube Vanced Umum ‘Persaraan’, Pautan Muat Turun Akan Ditarik Balik
  • Cara Mematikan Ruangan Komentar Pada Youtube
  • Cara Untuk Padamkan Mod “Restricted” Pada Youtube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY