Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Mungkin Perkenalkan Versi iPad Tidak Lama Lagi

Posted on Januari 31, 2022

WhatsApp merupakan syarikat di bawah Meta yang mana Facebook dan Instagram juga di bawah syarikat tersebut. Sehingga kini, aplikasi WhatsApp dan Instagram masih lagi belum dioptimasikan pada iPad.

Oleh itu, Will Cathcart, ketua bahagian WhatsApp menyatakan bahawa mereka kini akan cuba untuk membina aplikasi WhatsApp yang boleh dioptimasikan pada iPad. Hal ini kerana, ramai pengguna yang menginginkan fungsi tersebut pada iPad mereka.

Sebelum ini, WhatsApp memperkenalkan fungsi pelbagai peranti (multi-device) yang mana fungsi ini membenarkan pengguna boleh terus mendapat mesej baharu pada peranti lain yang telah disambungkan walaupun telefon anda tidak mempunyai sambungan internet.

Dengan penjelasan daripada Will Cathcart ini, mungkin kita akan dapat menerima aplikasi WhatsApp yang khas untuk iPad tidak lama lagi. Dan mungkin perkara ini akan diterapkan oleh Instagram juga.

Sumber: The Verge

Baca juga:

WhatsApp Digesa Untuk Jelaskan Bagaimana Data Pengguna Digunakan

Cara Aktifkan Penyulitan ‘End-to-End’ Untuk ‘Backup’ WhatsApp

Anda Patut Aktifkan Ciri Keselamatan WhatsApp Ini Untuk Lebih Privasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress