Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp multi-peranti

WhatsApp Multi-Peranti Tanpa Sambungan Telefon Pintar Kini Boleh Digunakan

Diterbitkan November 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, WhatsApp telah membangunkan ciri multi-peranti atau penggunaan WhatsApp tanpa sambungan telefon pintar. Bermakna, fungsinya seperti mana yang digunakan pada aplikasi Telegram.

Kini, fungsi WhatsApp tersebut ditawarkan secara rasmi buat semua pengguna iOS dan Android tetapi ia masih lagi dilabel sebagai ‘beta’. Pun begitu, tiada masalah jika anda mahu menggunakannya.

Bagi berbuat demikian, anda hanya perlu membuka aplikasi WhatsApp, klik pada tetapan (settings)>Linked Devices>Multi-Device Beta dan akhir sekali tekan ‘Join Beta’.

photo_2021-11-09 11.34.10
photo_2021-11-09 11.34.12

Setelah itu, buka WhatsApp Web dan imbas kod QR untuk membuat sambungan peranti buat pertama kali. Kemudian, anda boleh terus menggunakan WhatsApp tanpa sambungan telefon pintar atau kekalĀ online.

photo_2021-11-09 11.34.23

Tambahan lagi, Linked Devices ini hanya menyokong sehingga 4 peranti sahaja. Malah, aplikasi WhatsApp di telefon pintar juga harus berada pada versi terkini bagi membolehkan fungsi multi-peranti ini digunakan.

Selain itu, fungsi multi-peranti ini akan dimatikan sekiranya anda tidak menggunakan WhatsApp di telefon pintar dalam tempoh 14 hari.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Ciri “Delete for Everyone” Mungkin Tidak Ada Had Masa Selepas Ini

  • Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

  • Whatsapp Kini Lebih Selamat Dengan Ciri Baharu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY