Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-09-10 at 02.14.59

Anda Kini Boleh Menggunakan Ciri ‘Multi-device’ WhatsApp Tanpa Sambungan Talian Telefon

Diterbitkan September 10, 2021 · Dikemas kini September 10, 2021 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang ciri WhatsApp tanpa perlukan sambungan talian telefon yang sedang dalam pembangunan.

Berita baik kepada anda, ciri terbaru ini sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp untuk mencubanya sendiri.

Untuk menggunakan ciri terbaru ini, anda tap pada Linked devices di aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar anda.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 1.37.56 AM

Seterusnya, tap pada Multi-device beta seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 01.44.01

Kemudian pada paparan berikut, anda bolehlah ambil sedikit masa bagi membaca dan memahami kelebihan ciri baru ini serta limitasinya.

Setelah selesai, anda tap pada butang JOIN BETA.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 01.35.13

Selepas itu, anda pun telah berjaya mendaftar sebagai pengguna versi WhatsApp beta.

Untuk menggunakan WhatsApp di peranti atau platfom lain seperti WhatsApp di komputer dan WhatsApp di pelayar, anda masih perlu mengimbas kod QR di platfom tersebut.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 1.35.13 AM

Selepas mengimbas, WhatsApp akan membuat sambungan yang tidak lagi memerlukan ia bergantung kepada WhatsApp dari talian telefon pintar anda.

Screenshot 2021-09-10 at 01.57.39

Kini anda bolehlah mencuba menghantar mesej terus dari platfom tersebut tanpa perlu lagi bergantung kepada sambungan WhatsApp dari telefon pintar anda itu.

Untuk log keluar WhatsApp dari platfom itu pula, anda hanya perlu pilih dan tap pada platfom yang tertera di bahagian Linked devices.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 2.13.22 AM

 

Suka diingatkan, versi beta ini mungkin masih terdapat cacat celanya kerana ia masih dalam peringkat pembangunan.

Jadi jika anda rasa mahu kembali menggunakan versi stabil WhatsApp, anda boleh sahaja membatalkan penyertaan WhatsApp beta dengan tap pada butang LEAVE BETA.

WhatsApp Image 2021-09-10 at 1.35.13 AM-3

Begitulah juga sebaliknya. Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY