Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp reaksi mesej

WhatsApp Mula Tawar Ciri Reaksi Pada Mesej Untuk Pengguna Beta

Diterbitkan Mac 23, 2022 · Dikemas kini Mac 23, 2022 oleh Anis Maisarah

WhatsApp telah melancarkan satu ciri baharu yang dinanti-nanti pengguna WhatsApp sejak bulan November 2021. Ciri reaksi pada mesej di WhatsApp ini hadir untuk pengguna beta Android yang dikemaskini. Reaksi mesej di WhatsApp ini juga dikatakan menyerupai ciri reaksi mesej di iMessage untuk pengguna iOS. Ia juga dikatakan sama dengan ciri yang sudah wujud pada Telegram, Discord dan Slack.

Menurut WABetaInfo menerusi media sosial Twitter rasmi mereka, ciri reaksi pada mesej ini juga akan boleh digunakan pada mesej WhatsApp Web.

Reaction notifications are available on:
– Android ✅
– iOS ✅
– Web/Desktop ✅

so maybe the ability to react to messages will be officially released very soon 🤯 https://t.co/E8479mBNWr

— WABetaInfo (@WABetaInfo) March 16, 2022

Pengguna boleh memilih enam reaksi pada mesej rakan anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Terdapat reaksi suka, hati, ketawa, terkejut, sedih dan terima kasih.

WhatsApp Mula Tawar Ciri Reaksi Pada Mesej Untuk Pengguna Beta

Hanya segelintir sahaja pengguna yang boleh menikmati ciri ini sekarang tetapi pada masa akan datang, semua pengguna boleh menggunakannya. Jika selepas mengemas kini WhatsApp, anda masih tidak dapat menggunakan ciri baharu ini, anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu menunggu sahaja sehingga ciri tersebut hadir untuk anda.

Sumber : WABetaInfo

Baca juga :

  • WhatsApp Sedang Uji Beri Reaksi Pada Mesej
  • Cara Menyembunyikan Status Whastapp Daripada Individu Tertentu
  • WhatsApp Multi-Peranti Tanpa Sambungan Telefon Pintar Kini Boleh Digunakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY