Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Sedang Uji Beri Reaksi Pada Mesej

Posted on November 22, 2021

Sebelum ini, WhatsApp dikatakan bakal menawarkan sebuah fungsi yang agak menarik dalam merancakkan lagi perbualan bersama rakan-rakan, iaitu reaksi mesej untuk iOS.

Kini, mereka memberikannya pula buat pengguna beta Android untuk kemas kini akan datang. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan reaksi mesej bagi individu tertentu atau kumpulan perbualan.

Pun begitu, belum pasti lagi bilakah fungsi tersebut ditawarkan buat pengguna beta Android serta pengguna umum. Namun, apa yang pasti adalah ia merupakan satu fungsi baharu buat pengguna WhatsApp nanti.

Sekiranya ada yang tidak tahu apakah reaksi mesej itu, ia mirip yang ada di messenger, DM Instagram, Twitter, komen Facebook mahupun iMessage di mana boleh memberikan reaksi suka, tidak suka, ‘love’ dan sebagainya.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • Cara Menyembunyikan Status Whastapp Daripada Individu Tertentu

  • Lepas Ini Hanya Orang Terpilih Sahaja Dapat Lihat ‘Last Seen’ Anda

  • WhatsApp Multi-Peranti Tanpa Sambungan Telefon Pintar Kini Boleh Digunakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress