Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-05-26 at 21.20.00

WhatsApp Memfailkan Saman Terhadap Kerajaan India Selepas Dipaksa Ikuti Undang-Undang Digital Baru Negara Itu

Diterbitkan Mei 26, 2021 · Dikemas kini Mei 26, 2021 oleh ariff bukhari

Platfom media sosial WhatsApp dilaporkan telah memfailkan saman terhadap kerajaan India susulan daripada penguatkuasaan undang-undang baru berkaitan privasi digital telah diluluskan oleh kerajaan negara itu.

WhatsApp mendakwa, undang-undang privasi yang diluluskan Kerajaan India itu tidak menyebelahi penggunanya apabila membenarkan penjejakan secara khusus terhadap mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Undang-undang itu sekaligus akan memaksa WhatsApp menyimpan data mesej yang dihantar penggunanya bagi tujuan penjejakan.

Walhal WhatsApp menegaskan setiap mesej yang dihantar penggunanya dienkrip tanpa sesiapa boleh membukanya kecuali oleh si penerima mesej itu sahaja.

Baca juga: Cara Keluar Dari Grup WhatsApp Tanpa Disedari Ahli Lain

 

“Requiring messaging apps to ‘trace’ chats is the equivalent of asking us to keep a fingerprint of every single message sent on WhatsApp, which would break end-to-end encryption and fundamentally undermines people’s right to privacy,” WhatsApp.

Kerajaan India hanya memberikan 3 bulan kepada platfom-platfom media sosial lain termasuklah Facebook, WhatsApp dan Twitter  untuk terima undang-undang baru itu dan melakukan perubahan ke atas terma dan syarat pada platfom mereka.

Ketika ini dianggarkan terdapat seramai 400 juta pengguna WhatsApp di India.

Sumber: NDTV

Baca juga: Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa ‘Scam’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY