Forbes melaporkan, aplikasi WhatsApp didakwa telah menerima kemas kini rahsia yang menyebabkan berlakunya perubahan pada tetapan grup.
Amaran itu dibuat di laman Twitter selepas didedahkan oleh seorang pengguna bernama Mobberly NW.
Pengguna itu mendakwa, WhatsApp telah menukar tetapan grup tanpa disedari penggunanya yang akan membolehkan sesiapa sahaja pengguna WhatsApp lain memasukkan akaun WhatsApp anda ke dalam sesebuah grup.
Keadaan itu sekaligus boleh menyebabkan seseorang pengguna WhatsApp terdedah kepada cubaan penipuan.
Baca juga:- Cara Keluar Dari Grup WhatsApp Tanpa Disedari Ahli Lain
https://twitter.com/MobberleyNw/status/1394606238646870017?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1394606238646870017%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fembedly.forbes.com%2Fwidgets%2Fmedia.html%3Ftype%3Dtext2Fhtmlkey%3D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935schema%3Dtwitterurl%3Dhttps3A%2F%2Ftwitter.com%2Fmobberleynw%2Fstatus%2F1394606238646870017image%3Dhttps3A%2F%2Fi.embed.ly%2F1%2Fimage3Furl3Dhttps253A252F252Fabs.twimg.com252Ferrors252Flogo46x38.png26key3D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935
Jadi, bagi memastikan akaun WhatsApp anda tidak mudah dimanipulasi, anda boleh menyemak tetapan grup WhatsApp anda.
WhatsApp perkenalkan tetapan privasi grup ini pada tahun 2019 dahulu bagi membolehkan penggunanya punyai lebih kawalan ke atas siapa yang boleh memasukkan mereka ke dalam sesebuah grup WhatsApp.
Baca juga – Ini Adalah Senarai Aplikasi Yang Paling Banyak ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar Anda
Jadi, pastikan tetapan privasi grup WhatsApp anda itu ditetapkan kepada My contacts atau My contacts except…
Sumber: Forbes