Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp share link

WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun

Diterbitkan April 13, 2022 oleh Faiz Munir

Sehingga kini, cara berkongsi pautan nombor WhatsApp  memerlukan kita untuk melakukan beberapa langkah yang agak menyusahkan. Walaupun WhatsApp ada menyediakan pautan untuk dikongsi, namun agak sukar untuk pautan ini dikongsikan kepada nombor baharu.

Terdapat dua cara yang kita guna untuk berkongsi nombor telefon WhatsApp. Pertama, dengan menggunakan pautan “https://api.whatsapp.com/send?phone=” diikuti dengan nombor telefon. Mungkin semua tahu tentang cara ini.

Cara kedua pula adalah dengan pergi ke Setting dan klik pada ikon QR. Daripada situ, kita boleh menghasilkan kod QR yang mana pengguna lain hanya perlu mengimbas untuk mendapat nombor anda. Tetapi untuk anda salin pautan tersebut, anda perlu menghantarkan kod QR itu pada kenalan di WhatsApp anda terlebih dahulu.

WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun
WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun
WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun

Oleh itu, WhatsApp selepas ini akan lebih memudahkan anda untuk berkongsi nombor anda. Menurut WABetaInfo, kemas kini baharu ini akan menggantikan ikon QR pada Setting dengan ikon Share.

Dengan klik pada ikon tersebut, anda akan dibawa kepada satu lagi halaman yang membenarkan anda untuk menyalin atau kongsi pautan.

WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun

Kemas kini ini terdapat pada WhatsApp beta versi Android 2.22.9.8. Seperti biasa, fungsi ini masih lagi belum dilepaskan. Jika dilihat pada gambar, berkemungkinan bahawa fungsi ini hanya terhad pada akaun WhatsApp Business sahaja.

Ini kerana huraian “Give your customers a short link so they can start a WhatsApp chat with you.” yang terdapat pada halaman tersebut. Namun berkemungkinan juga bahawa huraian tersebut hanya dipaparkan pada WhatsApp Business dan WhatsApp biasa mempunyai huraian yang berbeza.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • vivo Akan Lancar Telefon ‘Gaming’, T1 Dengan Kolaborasi Razer Dan PUBG
  • Nokia Umum Keluar Rusia, Akui Tidak Beri Kesan Besar Pada Kewangan
  • Ini Harga Baharu PlayStation Plus, Lebih Banyak ‘Game’ Ditawar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY