Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas Ini, Anda Tahu Adakah WhatsApp Web Anda Telah Digodam

WhatsApp Uji Ciri Baharu, Tak Perlu ‘Save’ Nombor Untuk Hantar Mesej

Diterbitkan April 16, 2022 · Dikemas kini April 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

WABetaInfo melaporkan WhatsApp telah mula melancarkan ciri baharu untuk pengguna versi beta di platform Android. Ia tersedia bermula versi Beta 2.22.8.11 yang dilancarkan awal April ini.

Ciri tersebut membenarkan pengguna menekan pada nombor telefon yang dikongsi dalam chat dan langsung menghantar mesej tanpa perlu menyimpannya dalam kenalan (Contact).

Misalnya, rakan anda menghantar nombor telefon seorang tauke balak melalui WhatsApp. Anda hanya perlu klik pada nombor telefon tersebut dan terus hantar mesej. Anda tidak lagi perlu menyimpan nombor tersebut terlebih dahulu seperti sebelum ini.

WhatsApp Uji Ciri Baharu, Tak Perlu ‘Save’ Nombor Untuk Hantar Mesej

Sepeti disebutkan di atas, ciri ini masih diuji terhad pada pengguna Beta jadi akan mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum tersedia untuk semua pengguna awam seluruh dunia.

Jika anda baru mahu mencuba WhatsApp Beta, niat anda mungkin tidak dapat menjadi kenyataan. Ini disebabkan semakan kami mendapati program tersebut sudah mempunyai pengguna yang cukup dan mereka tidak lagi menerima permohonan baru.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • ‘Group’ WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, ‘Admin’ Lebih Berkuasa
  • ‘Group’ WhatsApp Kelak Boleh Digabungkan Di Bawah Satu Payung Dengan Communities
  • Nak Gambar Raya Lawa Tapi Bab Lain Pun Handal, Ini Mungkin Telefon Syawal Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY