Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp communities

‘Group’ WhatsApp Kelak Boleh Digabungkan Di Bawah Satu Payung Dengan Communities

Diterbitkan April 15, 2022 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

WhatsApp telah mengumumkan sebuah ciri baharu dinamakan Communities. Dengan ini, ia mengumpulkan beberapa kumpulan WhatsApp di bawah satu payung.

Pentadbir (admin) juga boleh menghantar mesej pada ahli kumpulan berbeza dengan mudah dan sekaligus.

Sebagai contoh, sebuah Communities dinamakan SMK Aminuddin Baki dicipta pihak sekolah. Di bawahnya, semua kumpulan seperti tingkatan, kelas, persatuan kokurikulum, puak guru dan kakitangan boleh disenaraikan.

Jadi, apabila pentadbir (pihak sekolah) ingin membuat pengumuman untuk perhatian semua pihak, mesej tersebut dengan mudah dapat dimajukan sekaligus pada kesemua ahli kumpulan di bawah Communities.

Nombor telefon pengguna juga disembunyikan jika pengguna tidak berkongsi kumpulan yang sama walaupun di bawah satu Communities.

Mengikut imej dikongsikan, mungkin pentadbir juga boleh berkongsi pautan Communities dan pengguna sendiri boleh memilih kumpulan yang mereka mahu sertai.

WhatsApp bagaimanapun tidak berkongsi bilakah fungsi ini akan tersedia pada semua pengguna kerana buat waktu ini ia kini sedang diuji terhad di beberapa negara.

Baca juga:

  • WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna Kongsi Profil Akaun
  • Selepas Ini Anda Boleh Buat Undian Dalam Kumpulan WhatsApp
  • Pengguna WhatsApp Tidak Akan Lagi Boleh Berkongsi Mesej Ke Pelbagai Grup Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY