Sebelum ini, WhatsApp telah hadir dengan penawaran ciri melajukan mesej audio yang diterima. Namun, sekiranya anda tidak menggemarinya, mungkin anda akan suka selepas ini.
Menurut WABetaInfo, WhatsApp kini sedang menguji ciri transkripsi buat pengguna iOS dimana ia akan mengubah mesej audio kepada bentuk teks untuk dibaca.
Pun begitu, WhatsApp dan Facebook tidak dapat akses terhadap mesej pengguna. Ini kerana mesej audio itu dihantar kepada pelayan Apple untuk tujuan transkripsi yang secara tidak langsung privasi pengguna terjamin.
Selain itu, ia turut dapat mempertingkatkan teknologi pengecaman suara (voice recognition) dari Apple. Bagaimanapun, fungsi ini adalah pilihan sama ada anda mahu gunakannya atau pun tidak, tiada masalah.
Jika pengguna mengaktifkan ciri tersebut, teks yang sudah ditranskrip akan disimpan serta terdapat bahagian “Transcript”. Malah, proses transkrip juga tidak diperlukan lagi bagi audio itu.
Seperti yang dinyatakan, ia masih lagi dalam peringkat ujian untuk pengguna iOS dan mungkin akan ditawarkan kepada Android. Cumanya, masih belum diketahui bilakah ia akan rasmi.
Sumber: WABetaInfo
Baca juga: