Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam

Waspada “Bonus Hadiah Keluarga TM” Sebanyak RM270,000.00 – MCMC

Diterbitkan Januari 8, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber memaklumkan bahawa terdapat cubaan penipuan terhadap pengguna dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM270,000.00 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.

MCMC berkata, mangsa telah menerima mesej kononnya masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank sebagai pemenang hadiah tersebut.

Berkaitan

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
  • Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025
  • Menegakkan Konsol PS5 Anda Akan Menjahanamkannya - Pakar

Ekoran itu MCMC menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan itu.

Pengguna dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian serta tidak memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY