Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation 5 pro

Menegakkan Konsol PS5 Anda Akan Menjahanamkannya – Pakar

Diterbitkan Januari 8, 2023 · Dikemas kini Januari 8, 2023 oleh ariff bukhari

Kepada para pemilik kosol permainan PlayStation 5 (PS5), anda mungkin meletakkan konsol anda itu dalam keadaan yang salah.

Walaupun Sony di dalam blog PS5 rasminya ada menyatakan bahawa anda boleh meletakkan PS5 dalam keadaan melintang ataupun menegak ketika memainkan permainan.

sony PS5

Tetapi menurut pakar, dengan meletakkan PS5 dalam keadaan tegak sebenarnya akan merosakkan konsol tersebut.

Ia berdasarkan apa yang dikongsikan oleh salah satu pekedai dari Perancis yang mahir dalam membaik pulih konsol itu, 68Logic.

Menerusi akaun Twitternya mereka mendakwa, dengan meletakkan konsol PS5 itu dalam keadaan menegak, ia akan merosakkan konsol dalam.

Kerosakkan itu didakwa berpunca daripada cecair yang mengalir keluar dari pemateri (seal) yang terletak antara APU dan sistem penyejukkan konsol PS5.

Cecair yang terkeluar kerana konsol berada dalam keadaan menegak tanpa sedar merosakkan papan litar konsol tersebut.

Do not put your Ps5 upright, here is the result the liquid moves and the freezes are there pic.twitter.com/A4Do3TkcXk

— Consoles System (@68Logic) January 4, 2023

Satu lagi insiden serupa turut dikongsikan oleh seorang lagi pembaik pulih konsol bernama Ben Montana dari ILoveMyConsole juga dari Perancis yang dilaporkannya berlaku pada tahun lalu menerusi laman Facebook PlayStation 5 France – PS5

Malah menurut beliau, ini bukanlah kes terpencil. Tambahnya, risiko tinggi untuk PS5 yang telah lama berdiri secara menegak berlaku pada semua model.

Ia termasuklah konsol edisi Digital, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah (sesetengah orang berteori bahawa getaran pemacu Blu Ray boleh menjadikan masalah lebih teruk pada PS5 Edisi Fizikal)

sony PS5 rosak

Seorang YouTuber bernama TheCod3r juga beberapa bulan lalu turut melaporkan isu yang sama dengan menyimpulkan ia sebagai satu kecacatan rekaan pada konsol PS5.

Jadi, kepada para pemilik PS5, mungkin ada baiknya anda meletakkan sahaja konsol anda itu dalam keadaan melintang berdasarkan apa yang dikongsikan oleh para pakar baik pulih yang telah berdepan dengan isu ini.

Berkaitan

  • (Ulasan) Prism+ Symphony - Set 'Soundbar' Dengan 'Bass' Berdentum
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
  • Kenapa Sensor Kamera Lebih Penting Berbanding Megapixel

Sumber: Wololo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY