Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi

Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi

Diterbitkan Februari 20, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat dari Jerman yang memfokuskan pembangunan teknologi sumber terbuka, Hallo Welt Systeme telah pun melancarkan model telefon pintar terbaru yang dinamakan sebagai Volla Phone X23.

Apa yang menarik dan menjadikan telefon pintar ini unik adalah ia menyokong 2 sistem operasi berbeza yang bebas sepenuhnya dari Google iaitu Android mahupun Apple iOS.

Sebaliknya pengguna boleh memilih untuk menggunakan sistem operasi  Volla OS atau Ubuntu Touch.

Volla Phone X23 1

Volla Phone X23 dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G99 8 teras (6nm) 2.2Ghz dan grafik dari GPU Arm Mali-G57.

Skrinnya pula bersaiz 6.1 inci dari Corning Gorilla Glass 5 (1560×720 piksel), memori RAM dan storan terbina 4 + 128GB serta dilengkapi 2 kamera dibelakang (48MP dan 8MP) dan 16MP kamera hadapan.

Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi
Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi
Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi
Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi

Sementara kapasiti bateri pula adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 30W.

Walaubagaimanapun, Volla Phone X23 tidak menyokong rangkaian 5G tetapi tersedia ciri NFC.

Volla Phone X23
Volla Phone X23 menggunakan bateri mudah tanggal dan diganti tanpa perlu alat istimewa untuk membukanya.

Volla Phone X23 sudah pun boleh dipra tempah dengan harga jualan bermula dari €522,00 (~RM2310).

Untuk info lebih lanjut tentang tentang telefon pintar ini, layari laman rasmi Volla.

Berkaitan

  • Uni5G, Pelan Pascabayar Baharu Unifi Yang Merangkumi 4G Dan 5G Serendah RM39/Bulan
  • KPDN Perkenal Portal Menu Rahmah Dengan Direktori Lokasi Premis Jualan
  • Kerajaan Tidak Patut Terlibat Dalam Perniagaan 5G - Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY