Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Y100 5G Orange Leather

vivo Y100 5G Edisi Orange Kini Tiba Pada Harga RM1,199

Diterbitkan Mei 26, 2024 oleh Athirah Isa

vivo Malaysia mengumumkan pengenalan vivo Y100 5G dalam edisi berwarna jingga selepas penampilan pada Februari 2024.

Peranti ini dikeluarkan dengan tujuan memupuk emosi yang lebih mendalam antara pengguna dan vivo sambil menggayakan keutamaan berfesyen.

vivo Y100 5G yang dihiasi dengan kulit jingga ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 2 serta digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan.

Sistem operasinya pula adalah Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Telefon ini menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci yang berkadar segar semula 120Hz dengan resolusi 2400 x 1080.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP serta dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang digandingkan dengan pengecasan 80W.

Peminat vivo boleh membeli peranti itu mulai 23 Mei 2024 dengan kotak hadiah permium bernilai sehingga RM99. Harga vivo Y100 5G dalam Kulit Jingga adalah RM1,199.

Beli produk vivo di:

Shopee – https://invl.io/clkoycq

Lazada – https://invol.co/clkoycw

Sumber: Siaran Media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY