Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’

vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia telah melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Menariknya filem pendek berdurasi 9 minit 30 saat ini adalah ia dirakam dengan telefon pintar terbaru vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.

Filem ini memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet negara dengan menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang Karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan Karate antarabangsa.

Filem yang diarahkan oleh Mallory Lee ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi pengimejan canggih yang ada pada vivo X70 Pro. Menerusi filem ini ia sekaligus menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar tersebut dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional.

Ini Sebab Kenapa Telefon Ini Menjadi Peranti Pilihan Golongan Profesional

vivo X70 Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 1080, memori hingga 12GB, storan dalaman hingga 512GB dan bateri 4450mAh serta pengecasan 44W.

Ia juga dilengkapi dengan kamera empat lensa – 50MP utama, 12MP ultra lebar dan telefoto serta 8MP zum periskop.

Kelebihan utama pada kamera vivo X70 Pro ini adalah ia dimuatkan dengan cip vivo V1 ISP, iaitu cip pemprosesan imej dari vivo untuk memberikan kualiti foto yang jauh lebih baik.

Sumber: Siaran media vivo

Baca juga: vivo Melancarkan Siri X70, Kamera Lebih Cantik Dan Gimbal Lebih Stabil

vivo V23 5G Rasmi Berharga RM2,099, Swafoto 50MP Dengan Panel Belakang Bertukar Warna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY