vivo S12 dan S12 Pro kini telah rasmi dengan kedua-dua peranti ini menggunakan sistem 2 kamera swafoto, 2 lampu LED dan lampu tersebut boleh disetkan kepada warna yang disukai antara 3000K dan 6000K.
Kedua-dua peranti ini dijana dengan cip pemprosesan Dimensity iaitu Dimensity 1100 untuk S12 dan Dimensity 1200 untuk S12 Pro. Selain itu, kedua-dua peranti juga menggunakan skrin HDR10+ jenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi skrin lain adalah seperti berikut.
- Skrin vivo S12: 6.44 inci (input sentuh 180Hz)
- Skrin vivo S12 Pro: 6.56 inci (input sentuh 240Hz)
Untuk kamera, kedua-dua peranti menggunakan sistem 3 kamera dengan 108MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar 2MP sensor kedalaman, dan 50MP kamera swafoto.
Kapasiti bateri yang digunakan hanya berbeza 100mAh sahaja iaitu 4200mAh untuk S12 dan 4300mAh untuk S12 Pro. Peranti ini juga akan menyokong pengecasan pantas 44W.
Terdapat 2 varian vivo S12 dan S12 Pro ini iaitu 8GB atau 12GB RAM dengan 256GB storan. Warna yang ditawarkan adalah Gold, Blue dan Black. Peranti ini dijual pada pasaran China dengan harga seperti berikut:
vivo S12
- 8/256GB – CNY2,799 (~RM1,847)
- 12/256GB – CNY2,999(~RM1,979)
vivo S12 Pro
- 8/256GB – CNY3,399 (~RM2,243)
- 12/256GB – CNY3,699 (~RM2441)
Sumber: GSMArena
Baca juga: