Vivo S1 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM

Vivo S1 telah mendapat pengiktirafan dari SIRIM baru-baru ini, dan ia menandakan bahawa peranti berkenaan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.



SIRIM Berhad, yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Piawaian dan Industri (SIRIM), adalah sebuah organisasi korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia telah diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi organisasi kebangsaan untuk mengesahkan standard dan kualiti, dan sebagai penggerak kecemerlangan dalam industri teknologi di Malaysia.

Vivo S1 mempunyai beberapa spesifikasi yang menarik, antaranya dengan tiga kamera utama, kamera hadapan yang bersaiz 32MP dan hadir dengan bateri berkapasiti 4,500 mAh. Setakat hari ini belum ada lagi maklumat tambahan mengenai spesifikasi peranti ini daripada Vivo.