vivo Perkenal Warna Baharu V23e, Peluang Bawa Pulang L’Oréal Paris

vivo hari ini mengesahkan varian warna baharu untuk model V23e 5G mereka yang akan mendarat di Malaysia pada 11 Februari nanti. Bukan itu sahaja, vivo juga menawarkan kolaborasi istimewa bersama L’Oréal Paris.

Dengan mengunakan kaca jenis AG, peranti vivo V23e ini kelihatan lebih kemas dan menawan dengan warna keemasan Mirage Gold.

Dilengkapi dengan kamera swafoto 44MP auto fokus, anda boleh merasai pengalaman berswafoto dengan lebih menarik kerana gambar yang dihasilkan lebih tajam dan lebih jelas. Fungsi multi-turbo juga disertakan untuk mengoptimumkan prestasi peranti ini.



Sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini, vivo berkolaborasi dengan L’Oréal Paris di mana terdapat beberapa tawaran hadiah menarik bagi setiap pembelian varian warna baharu vivo V23e Mirage Gold. Anda berpeluang untuk membawa balik gincu L’Oréal dan hadiah bernilai RM578 berupa beg, kupon Grab, kad SIM YES 5G dan jaminan (warranty) skrin selama 1 tahun.

Promosi akan diadakan bermula 11 Februari hingga 15 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi vivo atau Facebook vivo.

Sumber: Siaran akhbar vivo

Baca juga: