vivo V23 Dilancarkan, Panel Belakang Boleh Bertukar-Tukar Warna

Vivo baru sahaja melancarkan Vivo V23 dan V23 Pro untuk pasaran India. Tetapi apa yang menarik mengenai peranti ini adalah varian warna terbarunya iaitu Sunshine Gold. Menurut vivo warna pada panel belakang peranti ini boleh berubah apabila terdedah kepada sinaran matahari. Ia akan berubah dari warna emas ke warna biru kehijauan dan selepas 30 saat tidak terdedah kepada matahari ia berubah semula ke warna asal.

Kapsyen: Perubahan warna dari emas ke biru hijau


Untuk spesifikasi Vivo V23 mempunyai takuk yang agak besar, dimana didalamnya terdapat 2 kamera selfie iaitu 50Mp untuk kamera swafoto utama dan 8MP kamera ultra lebar. Selain itu kamera swafoto pada V23 ini mempunyai fungsi autofokus mata. Untuk kamera belakang pula V23 Pro menggunakan 108MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP macro, manakala untuk V23 ia menggunakan 64MP kamera utama dan selebihnya sama sahaja seperti V23 pro.

Dibahagian paparan, Vivo V23 pro menggunakan panel lengkung jenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Manakala untuk V23 ia menggunakan panel AMOLED jenis rata dengan kadar segar semula 90Hz. Satu lagi perbezaan diantara V23 Pro dan V23 juga adalah perbezaanya cip pemprosesan yang digunakan. Untuk V23 Pro ia mengggunakan cipset andalan dari Mediatek iaitu Mediatek Dimensity 1200 5G. Manakala untuk V23 ia menggunakan cipset kelas pertengahan sahaja iaitu Mediatek Dimensity 920.



Di India vivo V23 pro dan V23 dijual dengan beberapa konfigurasi memori. Untuk V23 Pro ia datang dengan variasi 8GB/128GB dengan harga Rs. 38,990 ( ~RM2200 ) dan 12GB 256GB dengan harga Rs. 43,990 ( ~RM2500 ). Untuk V23 pula ia mempunyai 2 variasi iaitu 8GB/128GB dengan harga Rs. 29,990 ( ~RM1700 )  dan 12GB/256GB dengan harga Rs. 34,990 ( ~RM1980 ). Vivo V23 juga akan dilancarkan pada pasaran Malaysia dalam masa terdekat.