Vivo NEX 3 Rasmi Diumumkan Di Malaysia, Peranti Paparan "Air Terjun" Berharga RM3899

Vivo NEX 3 membuat kemunculan kali pertama pada tanggal 16 September lalu dan menembusi pasaran China terlebih dahulu. Kini, mengambil giliran adalah pasaaran dalam negara yang mana acara perasmian baru sahaja tamat sebentar tadi.



Harga peranti ini sediakan diumumkan beberapa hari lalu dimana penawaran tempatan diletakkan pada nilai harga RM3899. Pembelian secara pra-tempah juga sudah dimulakan sejak 15 Oktober dan bakal tamat pada esok, 18 Oktober 2019.



Untuk makluman, Vivo NEX 3 merupakan peranti terawal diperkenalkan dengan skrin "air terjun" dikenali sebagai Waterfall FullView dari jenis POLED berukuran 6.89 inci.

Ciri Touch Sense ditempatkan pada bahagian sisi dimana ia menggantikan butang fizikal bagi fungsi kuasa serta pelaras kelantangan bunyi. Melaluinya, tindak balas haptic diberikan seolah-olah pengguna menggunakan butang fizikal sebenar.



Bahagian dalaman peranti pula diisi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, padanan RAM 8GB serta ruang simpanan 256GB berasaskan UFS 3.0. Janaan kuasa peranti pula diperoleh dari bateri berkapasiti 4500mAh bersama-sama pengecasan pantas FlashCharge 22.5W dengan teknologi penjimatan kuasa C-DRX.

Turut sama melengkapkan sistem dalaman adalah sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling yang membolehkan peranti pada suhu terbaik walaupun ketika penggunaan berat.

https://www.youtube.com/watch?v=38FTRgEd9vE

Tidak cukup dengan itu, Vivo NEX 3 diberikan dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8), 13MP (f/2.2) lensa sudut lebar serta lensa telefoto 13MP (f/2.5). Tugas rakaman hadapan pula diberikan kepada lensa 16MP (f/2.09). Boleh lihat  Sampel Foto Hasil Rakaman Daripada Tiga Kamera Vivo NEX 3 5G.

Vivo NEX 3 akan menjalankan sistem antaramuka Funtouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 . Ditawarkan dengan warna Glowing Night, jualan Vivo NEX 3 akan bermula hari ini.