Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X90 Series Superday

vivo Lancar Kempen “vivo X90 Series Superday”, Rebut Pelbagai Hadiah Menarik

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan pelancaran vivo X90 Series, vivo mengadakan kempen vivo X90 Series Superday di 7 cawangan di seluruh Malaysia.

7 Cawangan yang terlibat dengan kempen itu adalah DirectD Gadget Mega Store Petaling Jaya, Gurney Plaza Penang, Mid Valley Megamall KL, Midvalley Southkey Johor Bahru, One Utama, Pavilion Kuala Lumpur dan Satu Gadget Kuala Lumpur.

Kempen ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 4 Februari 2023 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya.

vivo X90 Series Superday

Anda berpeluang menjadi antara 30 pelanggan terawal yang membeli Siri vivo X90 dan menerima beg tote eksklusif, kredit e-dompet Touch & Go bernilai RM300, dan MESIN SOYBEAN JOYOUNG X LINE.

Selain itu, 30 pelanggan pertama yang membeli X90 Pro pula akan menerima hadiah tambahan eksklusif iaitu fon telinga vivo TWS 2e yang berharga RM269.

Tidak setakat itu, semua pembeli Siri X90 turut layak menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah yang lebih menarik lagi.

vivo X90 Series Superday

Memeriahkan lagi kempen itu, vivo juga akan menganjurkan bengkel Hobibi Neon Light DIY serta sesi perkongsian jurugambar dengan jurugambar tempatan secara eksklusif di 3 kedai konsep vivo iaitu di Gurney Plaza Pulau Pinang, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur dan Mid Valley Southkey Johor Bahru.

Kedua-dua bengkel tersebut adalah percuma untuk disertai, tetapi slot yang disediakan adalah terhad.

vivo X90 Series Superday

Semasa kempen itu juga, pelanggan akan menikmati diskaun sehingga RM400 untuk model telefon vivo terpilih seperti X80, V23 5G, Y55+ 5G dan T1 5G.

Tawaran hebat ini tersedia hanya untuk 1 hari sahaja, jadi pastikan anda tidak ketinggalan menyertai kempen vivo X90 Series Superday ini nanti.

Berkaitan

  • Sah, Siri vivo X90 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Februari 2023 Ini
  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • Apple Tawar AirPods Percuma Untuk Pembelian Mac/iPad, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

Sumber: Media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY