Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Virus Ransomware WannaCry Sudah Muncul Di Malaysia- Pakar Sekuriti

Virus Ransomware WannaCry Sudah Muncul Di Malaysia- Pakar Sekuriti

Diterbitkan Mei 15, 2017 · Dikemas kini Mei 15, 2017 oleh Haikel Areff

Serangan ransomware WannaCry menyebabkan satu dunia kecoh sejak dua hari lepas. Virus ini telah menyerang lebih 100 buah negara, dan Malaysia destinasi seterusnya.

Ramsomware ini menyekat akses kepada fail dan dokumen tertentu, kemudian mereka akan meminta pengguna membayar duit tebusan sebelum virus tersebut ditarik daripada peranti anda.

Setakat ini ianya hanya memfokuskan kepada platform Windows terutamanya versi lama yang tidak dilindungi oleh sekuriti terkini. Mengikut laporan lain, telefon pintar masih tidak terkena infeksi tersebut, tetapi sila ambil langkah berjaga-jaga.

Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS), C.F Fong berkata salah seorang dari syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.

Malware yang telah dijangkiti tersebut merupakan versi awal WannaCry, kata Fong. Serangan ramsomware bermula pada hari Jumaat lepas. “Kami anggarkan akan ada kes berkenaan serangan virus ini dalam masa terdekat, tetapi kami harapkan ianya tidak berlaku” katanya awal pagi ini.

“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.

Beliau berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.

Baca selebihnya: Bawak Bertenang, Virus Ransomware WannaCry Tidak Menyerang Telefon Pintar Anda

Baca selebihnya: Serangan Ransomware Besar-Besaran Telah Melanda Ke Seluruh Dunia

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY