Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bawak Bertenang, Virus Ransomware WannaCry Tidak Menyerang Telefon Pintar Anda

Bawak Bertenang, Virus Ransomware WannaCry Tidak Menyerang Telefon Pintar Anda

Diterbitkan Mei 15, 2017 · Dikemas kini Mei 15, 2017 oleh Haikel Areff

Kejadian serangan ransomware besar-besaran telah berlaku semalam dalam pukul 2 petang waktu tempatan menjejaskan lebih dari 45,000 pengguna di 74 negara di hari pertama.

Dalam dua hari, serangan ini telah berjaya membuat dunia menangis dan pada ketika ini sudah 200,000 komputer di dunia terjejas. Antara yang terjejas ialah National Hospital Service (NHS) di England, dan Syarikat Telekomunikasi Sepanyol, Telefonica.

Ransomware yang dipanggil ‘WannaCry’ itu dikatakan telah dibangunkan oleh NSA Amerika Syarikat. Apabila komputer anda diserang virus ini, adan harus membayar wang tebusan sebanyak USD300 dalam bentuk mata wang Bitcoin.

Tetapi jangan risau, serangan virus ini dilaporkan sempat dilumpuhkan untuk peranti mudah alih Android dan iOS. Tiada lagi peranti telefon yang dilaporkan terkena infeksi virus tersebut setakat ini. Mengikut jangkaan WannaCry 2.0 tidak boleh dimatikan. Jadi berhati-hatilah ketika membuka pautan yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini diberitakan virus ini sudah mula merebak ke negara jiran kita, Indonesia.

wannacry

Menurut Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Menkominfo Rudiantara “Malware ini tidak menyerang smartphone, serangan hanya memfokuskan kepada komputer dengan sistem operasi Windows versi 2010 ke bawah atau sebelumnya”

Hati-hati ya semua.

Baca selebihnya: Serangan Ramsomware

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY