Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan Ransomware Besar-Besaran Telah Melanda Ke Seluruh Dunia

Serangan Ransomware Besar-Besaran Telah Melanda Ke Seluruh Dunia

Diterbitkan Mei 13, 2017 ยท Dikemas kini Mei 13, 2017 oleh Wiser MY

Kita selalu dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan atau memuat turun sebarang lampiran yang sumbernya kita tidak ketahui.

Ini kerana kebanyakkan pautan atau lampiran itu mengandungi malware yang akan membuka ruang kepada penggodam untuk mencuri maklumat dari komputer kita atau paling terbaru ialah ransomware.

Kejadian ransomware besar-besaran telah berlaku semalam dalam pukul 2 petang waktu tempatan menjejaskan lebih dari 45,000 pengguna di 74 negara.

Antara yang terjejas ialah National Hospital Service (NHS) di England, dan Syarikat Telekomunikasi Sepanyol, Telefonica.

Ransomware yang dipanggil ‘WannaCry’ itu dikatakan telah dibangunkan oleh NSA Amerika Syarikat.

Ransomware itu akan memanfaatkan kelemahan di dalam sistem Microsoft yang telah dikenalpasti oleh agensi itu sebagai EternalBlue.

Program itu dikatakan dicuri oleh kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai The Shadow Brokers dan cuba menjualnya di pasaran gelap.

i.img

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY