Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada

Video Motorola Razr 3 Tertiris, Ada Beza Berbanding Model Sebelumnya

Diterbitkan Mei 25, 2022 · Dikemas kini Mei 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kami baru saja kongsikan tentang Motorola Razr 3 yang dijangka dijana cip Snapdragon 8 Gen 1 semalam.

Nama Razr sememangnya membawa nostalgia pada mereka yang pernah hidup sewaktu zaman kegemilangannya.

Terbaru, Evan Blass mendedahkan video berbentuk GIF menunjukkan peranti yang dipercayai Motorola Razr 3 ini.

Dinilai melalui video tersebut, ia masih membawakan identiti asalnya iaitu telefon boleh lipat yang nipis dan menawan.

https://twitter.com/evleaks/status/1529155575979855872?s=20&t=EAmJik4RbtgS3k8A9dqn4w

Apabila dibuka, skrin sentuhnya memenuhi paparan kedua-dua panel atas dan bawah. Kamera swafotonya pula diletakkan dalam rekaan paparan tebuk, bukan takuk.

Di bahagian luar juga terdapat sebuah lagi skrin bersama dua kamera.

Perbezaannya ialah kedudukan kamera belakangnya yang kini tidak berada di atas tengah sebaliknya ke kiri namun masih lagi di atas.

Dijangka peranti ini akan dilancarkan seawal Julai ini.

Baca juga:

  • Senarai Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Yang Dijual Di Malaysia
  • Motorola Razr 3 Akan Dilancarkan, Mungkin Boleh ‘Tapau’ Samsung
  • Rekaan Nothing Phone (1) Diperlihatkan, Panel Belakang Lut Sinar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY