Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera Hadapan Keluar Masuk

Siri Mi Mix memang cukup terkenal dengan ukuran skrin paparan yang luas terbentang bersama bezel nipis.

Walaupunbegitu, takuk masih menghiasi bahagian penjuru model berkenaan bagi menempatkan lensa kamera swafoto. Tetapi kehadiran teknologi kamera pop-up dilihat bakal mengubah tren takuk.

Berdasarkan perkhabaran terbaru, Xiaomi dilihat mengimplementasikan teknologi berkenaan keatas model Mi Mix 3.



Pertama kali dilihat pada laman ZEEBOLL, imej membayangkan sebuah peranti dengan komponen yang terjojol. Sekali imbas, ia mirip kepada rekaan Vivo Nex.

Pada imej juga tertera nombor " 2018.9 " dan ia mungkin memberi maksud peranti ini akan dilancarkan pada September kelak.

ZEEBOLL turut meramal Mi Mix 3 bakal dilahirkan dengan Snapdragon 845, RAM 4GB serta menjalankan antaramuka MIUI 10.

Sumber: Weibo dan PocketNow