Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
superman pasang pc

[Video] Lihat Bagaimana ‘Superman’ Henry Cavill Pasang PC Gaming Sendiri

Diterbitkan Julai 20, 2020 ยท Dikemas kini Julai 20, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, penonton sering melihat watak adiwira Superman dengan kostumnya melawan musuh dalam filem itu. Terbaru, Henry Cavill yang dikenali dengan watak Superman itu telah berkongsi satu video di IGTV Instagram.

Menariknya, video berdurasi 5 minit 26 saat itu memperlihatkan Cavill memasang PC gaming sendiri tanpa bantuan orang lain. Dalam video tersebut, turut disertakan adalah kapsyen berbunyi,

“This kind of material isn’t for everyone….viewer direction is advised,”

https://www.instagram.com/tv/CCs-N1Eh2Z5/

Di awal video, beliau menunjukkan pemasangan cip pemproses AMD Ryzen dan beberapa komponen lain. Juga dikesan dalam video itu adalah penggunaan GPU GeForce RTX 2080 Ti. Bagaimanapun, senarai penuh komponen yang digunakan dalam pemasangan PC gaming itu tidak dapat dipastikan berikutan ia telah dikaburkan.

superman pasang pc

Beliau dilihat kerap merujuk manual pengguna untuk memasang PC gaming tersebut. Sehingga kini, video itu telah menarik perhatian ramai dan menerima lebih 4 juta tontonan.

Sumber: Instagram Henry Cavill

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY