[Video] iPhone X Dipisahkan- Dilihat Apple Memuatkan 2 Bateri Ke Dalam iPhone X

Setelah iPhone X dipasarkan secara rasminya, ramai peminat tegar iPhone berduyun-duyun beratur panjang untuk membeli iPhone X. Maka teori jualan iPhone 8 hambar disebabkan peminat menunggu iPhone X beberapa minggu yang lalu adalah benar.

Walaupun iPhone X baru sahaja dijual ke beberapa pasaran dunia, terdapat satu video dari China yang sudah mula merelaikan badan iPhone X.

Dalam video ini kita dapat lihat skrin paparan iPhone X dilekatkan dibahagian belah kanan, jadi apabila ianya dibuka, skrin tergantung di bahagian kanan (depan) badan peranti.

Dan yang menarik perhatian juga adalah baterinya. Dalam video ini kita juga dapat lihat Apple memuatkan 2 bateri untuk memberi ruang kepada komponen lain berbanding satu bateri besar.



Lelaki dalam video ini juga turut mengeluarkan papan induk yang dilihat sangat kecil saiznya. Anda boleh lihat video penuh di bawah.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=eu573kI_JXo[/embed]

sumber: Apple 中文_欢迎订阅gsm