(Video) Huawei Membayangkan Siri Mate 20 Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Semua sedia maklum bahawa Huawei akan melancarkan siri Mate 20 mereka di London pada 16 Oktober ini. Sehubungan dengan itu, Huawei Malaysia telah mengeluarkan beberapa video acah sekaligus menggambarkan peranti tersebut tidak akan mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan di negara ini.

https://www.youtube.com/watch?v=-Cv6AlaM2WI

https://www.youtube.com/watch?v=CiXdk9AGsVo

Dalam kedua-dua video tersebut, selebriti popular tersebut menyebut mengenai teknologi dwi-NPU(neural processing unit) yang ada pada siri Mate 20 itu nanti.

Apakah maksud sebenar video-video ini? Adakah ia hanya sekadar video acah biasa atau Huawei cuba memberi bayangan kepada peminat mereka di negara ini? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber : Huawei Mobile MY