Lazada dan Shopee menawarkan Redmi Note 8 Pro dengan potongan harga sebanyak RM100 dan menjadikan telefon pintar itu dijual dengan harga promosi RM999.
Pihak Xiaomi juga turut membuat promosi tempahan awal untuk model 4GB/64GB bagi Redmi Note 8 dengan disertakan fon telinga tanpa wayar Mi True Wireless percuma berharga RM99.
Sepertimana yang anda tahu, kedua-dua model ini telah pun secara rasminya diperkenalkan di Malaysia semalam dan telah mendapat sambutan hangat.
Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci FullHD+ LCD. Mempunyai 4 kamera belakang dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor data jarak manakala 20MP untuk kamera swafoto.
Manakala untuk Redmi Note 8, ia hadir dengan skrin 6.3 inci FullHd+ LCD dikuasakan oleh cip Snapdragon 665 dan bateri 4,000mAh. Tetapan 4 kamera belakang adalah sama dengan model Pro, cuma kamera utamanya menggunakan 48MP. Kamera swafoto pula bersaiz 13MP.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi istimewa ini, layari laman rasmi Lazada dan Shopee.
Berkaitan
- HONOR Band 5 Ditawarkan Dengan Harga Ekslusif RM119 di 10.10 Lazada
- Shopee Catat 11 Juta Pesanan Pada Festival 11.11 Yang Lalu, Adakan Satu Lagi Tawaran Istimewa
- Dapatkan Potongan RM50 Bagi Pembelian Realme 5 Sempena Lazada 11.11 Sale
- Shopee Catat Rekod Baru Dengan Penjualan 70 Juta Barangan Pada 11.11 Yang Lalu
- OPPO F11 Mula Dipasarkan Secara Eksklusif Di Shopee Pada 16 April Ini
- Sambutan Ulangtahun ke-7 Lazada, Dapatkan Pelbagai Barangan ASUS Pada Harga Menarik
- (Promosi) Jualan Super Xiaomi Di Lazada Hanya Untuk Hari Ini Sahaja
- Shopee 12.12 Bakal Tawarkan Promosi Menarik
- Xiaomi Muncul Jenama Telefon Paling Laris Pada Promosi Ulang Tahun Ke-7 Lazada
- Dapatkan Potongan 10% Dari Pembelian Koleksi Ekosistem Xiaomi Di Shopee