Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

Versi Windows 10 Home Dan Pro Ini Akan Ditamatkan Sokongan Pada Mei Ini

Diterbitkan April 11, 2022 oleh ariff bukhari

Sekiranya anda masih menggunakan Windows 10 Home dan Pro khususnya versi 20H2, anda dinasihatkan mengemas kini versi Windows tersebut kepada sekurang-kurang versi 21H1.

Ini kerana Windows 10 Home dan Pro versiĀ  20H2 akan ditamatkan sokongan oleh Microsoft pada 10 Mei 2022.

Bermakna versi Windows 10 tersebut tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini ciri baru dan keselamatan.

Edisi Windows 10 Home dan Pro versi 20H2 pertama kali ditawarkan pada semua pengguna pada 20 Oktober 2020 dahulu.

Penamatan sokongan ini termasuklah bagi edisi Windows 10 Home, Pro, Pro Education dan Pro for Workstations.

Microsoft telah pun mengumumkan versi terbaru sistem operasi komputer mereka iaitu Windows 11 dalam bulan Oktober tahun 2021 lalu.

Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan AdDuplex setakat Januari 2022, masih terdapat 83.7% pengguna Windows masih setia dengan Windows 10 yang diperkenalkan sejak Julai 2015 dahulu.

Manakala hanya sejumlah 16.5% sahaja pengguna Windows yang menggunakan Windows 11 untuk komputer mereka.

Sumber: Microsoft

Baca juga:

  • Peralihan Ke Windows 11 Perlahan, Pengguna Masih Setia Dengan Windows 10
  • Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11
  • Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY