Untuk model realme C3 ini, ia mempunyai 3 lensa belakang iaitu tambahan satu lensa makro 4MP. Ia berbeza dengan model versi India yang hanya mempunyai 2 lensa belakang sahaja.

Perbezaan lain adalah versi baharu ini dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang, yang tiada pada model versi India. Menurut realme, peranti boleh dinyahkunci sepantas 0.27 saat menggunakan pengimbas tersebut.

Lain-lain spesifikasi adalah sama sahaja. Ia menggunakan 6.5 inci skrin HD+ dengan panel LCD. Peranti turut sama menggunakan MediaTek Helio G70. Terdapat 3 pilihan memori iaitu 2GB/32GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB. Untuk penambahan ruangan memori, terdapat juga sokongan microSD sehingga 256GB.
Kamera pula dilengkapi dengan 3 lensa pada bahagian belakang iaitu 12MP utama + 2MP depth + 2MP makro. Untuk kamera swafoto pula ia bersaiz 5MP diletakkan pada takuk kecil skrin hadapan.
realme C3 dimuatkan dengan 5000mAh, menjalankan realme UI berasaskan Android 10 dan turut juga menyokong pengecasan berbalik melalui micro-USB.
Peranti ini dijual pada harga bermula THB 3,999 (~RM533) untuk model 3GB/32GB dalam pilihan warna Blazing Red dan Frozen Blue.
Sumber: realme
Berkaitan
- Kerajaan Cadang Caj Perkhidmatan 0.02% Untuk Pembelian Dalam Talian Termasuk Portal E-Dagang
- COD Mobile - Misi, Hadiah Dan Aktiviti Menarik Pada 30 November Ini Menanti Anda
- Pelanggan Astro Sports Pack Boleh Tonton Kesemua Saluran Astro Secara Percuma
- Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia
- Ini Sebab Kenapa Telegram Asyik Jadi Lubuk Penjualan Data Yang Dicuri
- Samsung Galaxy Buds+ Dilancarkan - Buds Generasi Kedua Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Sehingga 11 Jam
- Kemaskini MIUI 13 Untuk Xiaomi Dijangka Hadir Seawal April 2021
- Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan - Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR
- HONOR Malaysia Umum Harga Jualan Baharu Peranti Bermula 1 Mei 2020
- Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba